Thursday, October 28

update.

salam. hye peeps. anda sehat? ouh saye tentunya tidak. lantaran dari kecacatan fizikal (2kuku kaki padahal- menunggu saat utk tercabut) sbb balun men saf yg turut memberi efeksi pada kulit muke n tangan ibarat mengalami penyakit sopakk. termasok longgokan assgnment dan deretan test yg xkunjung2 pergi saat minda menguis2 ruang kebebasan dan ketenangan untuk beban final exam pule. dan kerana itulah jiwa kembali meronta2 utk bertinta semula. *wahh bukan men dramatis lg intro.
hah tapi tak payahlah terpedaya sgt sbb setiap UJIAN di atas telah diketemukan dgn bantuan yg tak-sepatutnya. pelbagai ragam dan bentuk BELAAN telah dihasilkan sepnjg test. mahu tak nye, sekarg maseh berlenggang kangkung hadap mukaBUKU (buku jugak kan?) 25/8. sempat update BLOG lagi you! padahal esok ad test product-tool-design la gilee~
dlm erti kate laen, jiwa sedg kacau bilau disebabkan seseorang. even bukan sape2 . tp maseh tetap nk menari2 di minda yg lemah neh. kenape ekh?? mybe die tahu die maseh tetap berjoget lambak dlm pikiran yg lemah neh. barang kali. siap maen remove-block-unblocked THIS person wa ckp lu!! dan tetap nk jdi STALKER kt si pengganti yg kalau dibezakan memg mcm die enggang, dielah langit n dielah bidadari syurga.
beberapa hari lagi, sudah menjelang mggu stadi. means sudah tiba masenyer untuk bantai tido macam org mati, makan itu-ini-banyak mcm bela setan, ddk bertapa dpn laptop ditemani note n buku tebal yg bertimbun-bersepah. gaye mcm belajr kjar gelaran proffesor bagaii. muke pulak transform jd busuk n angker. pantang org tegur, mule lah nk tarik muke berjuta2 lemon masamnye.
p/s: make berakhirlah satu lg semester yg hectic! (ayat nk mcm dh abeh paper final plak).

Monday, October 18

sukan antara fakulti ke5 (SAF)

mode: O.K.U
salam everyone. lately ne mcm memg mls nk bebel2 kt blog. kire nk tunjuk gak maseh rajin nk update blog, hg pa sume tgk jelah pic yg ceq sajikan ne ye. sempena SAF UTeM ke 5 (16 & 17 okt)
candid sane sini
penutup
sokongan warga FKP utk final match bola sepak (fkp vs FKM)
lose by penalti 3-1
man hockey team (gold medal)
women hockey team (silver medal)
women handball team (silver medal)
man handball team (bronze medal)
final football FKM vs FKP
FKP football team (silver medal)
futsal team (silver medal-BOTH)
netball team (silver medal)
ragby team (GOLD medal)
tennis player (silver medal)
sofball team (GOLD medal)
tarik tali crew
series SHIT penat weyhh. ditambah plak cuace kt melake ne semakin PANAS! mane x nye, xsenang dduk berkejar game sane sini. tetapi hanye berpuas hati dgn kumpulan 3perak utk team handball, hoki n netball. pape pon, ENJOY sangat2!!!!!!
overall, even fakulti ceq bukan juara keseluruhan mcm taun lepas. kami semua berbangga dpt tempat ke3 dgn kumpulan pingat terbanyak iaitu 4EMAS, 12 PERAK, 3GANGSA. iaitu 19pingat drpada 22 acara!! cehh bangge sket ek. juara n naib juara hanya melebihi pingat emas sahaja YE!
p/s: sbb saf. kulit mengalami transformasi !! (hitam+ menggelupas terukk)

Saturday, October 9

10 tande bertemu JODOH sebenar.

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
p/s : silelah datnag whai JODOH ku ;)

Sunday, October 3

lalalala

sory mcm lame xupdate blog sbb rse mls bertubi2 mcm bawak setan keliling pinggang. plus buat2 bz dgn esemen, tutor, projekk, report, test, quiz bagaii. dh akhir2 sem ne mule la masing2 gelabah nk anjur itu ini saat2 makhluk kampus pk nk fokus pd cuti sem bukannye final exam heh. konon mcm ingt nk insaff bile jadual exam berderet2 paper.tyme 2 bru nk jadi ulat gonggok, gendut, ulat buku segalee. baek fakulti, kelab, persatuan, pusat2 segalee la seng cite.
MySpace
tiap weekend je, dh tersusun molek planning. baekk punyer! start dr sukan antara fakulti (SAF) ke program anak angkat anjuran S.M.E & PERSADA, ke masketri16 n Revolver, ke hockey indoor open upsi. haihh bz kalah menteri. *naseb baek xde laki, klu x dh xterurus.hee
MySpace
disebabkan mggu 1st, SAF dh kne tunda ke 16hb. sbb FKM yg menyusahkan@terlibat ngn program formula varsity lahh. dh jd huru hara semua panning event. maybe xakan pergi program anak angkat baksis sbb clash dgn SAF n menembak. ini pon seng mencari jln keluar supaye dpt menembak n maen SAF!
MySpace
SAF pulak mcm kau sorg je org plg atlet kt fakulti. name klu xmenyemak kt netbal (siap jd manager), hoki, handball, futsal n klu x kt sofbol. sah memg kau budak gier kuase!! masak lah kau nk ke hlur hilir tyme SAF. mc tau lepas, smpai tarik tali pon kau jd bidan terjun. bile mlm kau terbongkang mcm katak kne pijakk.
p/s: taun ne balun abes. final year jd pom2 gurl jekk MySpace